7 August 2008

One Man's Strength can Change the Destiny of A Nation

And so it has been decided that the path Malaysia will take in its transition to become a better nation is a long-winded, scenic one. The circus surrounding Anwar Ibrahim's sodomy charge only goes to prove that Malaysia is destined to go the long, painful route to change and reforms.

As I was stuck in the massive traffic jams on the streets of KL brought about by the needless roadblocks (yet again) this morning, I thought about how patient we Malaysians are when faced with this drama that is so out of this world it is almost an insult to our intelligence. Yet there we were, stuck in a traffic jam, cursing in our hearts but patiently taking it all in. Not many nations in this world would be so obliging in its suffering in the face of difficult times.

There are big issues at stake. Real problems that affect real people. And yet the Barisan Nasional does not care. The Prime Minister is more concerned about attempting to degrade the honour of one man by using the word 'rogol' (rape) where it was uncalled for - rather than helping people deal with the economic hardships brought about by years of failed BN policies.

All the people want is a sign, some signs from the government that they understand our real concerns. That someone up there care about the difficulties we are facing. Our well-being is being threatened - by flawed policies, by inflation, by corruption. We are on the verge of a real crisis. The people are suffering. We do not want to be spectators of yet another politically-charged drama designed to degrade and dishonor a man, who seems to actually care about our problems. This man speaks our language. This man is articulating what we are not able to say. This is the man we want to lead our nation because he seems to be focused on the real issues - when all the government wants to do is to focus on him.

The events of this past few weeks - this orchestrated attacks on Anwar on all fronts - only does more to convince us that the powers-that-be are threatened by him and have to prevent him from taking over the nation come what may. It does nothing to convince us that the government are capable of leading us out of this storm that we are going to face with the impending economic crisis. It does little to reassure us that the government is really in control of the issues that really matter to us, the people. Indeed, it does give us a sense that no one is really in control here - that our leadership needs to get a grip of reality. They need to realise that change is in the air - it will happen. It can happen the easy way or the hard way but it will happen. They can choose to be a part of this change or they can resist it - but change will happen because the will of the people cannot be denied.

As it is, Anwar is the only man who is coming out of this entire episode with his moral integrity, leadership skills, courage and intelligence intact. This despite all the bruising attacks that has been thrown at him. Anwar's strength - if he stays strong and keeps his focus on the real issues - will change the destiny of this nation. And we look forward to that day.

31 July 2008

Keputusan tepat bagi Anwar Ibrahim, PKR dan Malaysia

Keputusan Anwar Ibrahim untuk mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang sememangnya satu keputusan yang telah lama dinantikan. Dengan bertanding untuk - dan memenangi - sebuah kerusi Parlimen, Anwar akan mendapat legitimacy politik yang akan melengkapkan pembabitan beliau dalam memimpin Pakatan Rakyat. Keputusan ini menunjukkan bahawa Anwar bukan sahaja berani tampil untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang akan dihadapi daripada Barisan Nasional, malah dia berani melakukan ini dalam ruang demokrasi yang sebenarnya masih terhimpit dan tidak adil kepada pihak 'pembangkang'.

Tidak harus dilupakan juga keputusan isterinya Dr Wan Azizah Ismail, Presiden PKR, untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk membolehkan Anwar bertanding. Walaupun ramai menyangka kerusi Bandar Tun Razak adalah kerusi yang seharusnya ditandingi Anwar - memandangkan penyandangnya Tan Sri Khalid Ibrahim juga merupakan ADUN Ijok dan Menteri Besar Selangor - namun pandangan dari awal lagi adalah paling tepat untuk Wan Azizah berundur kerana kehadiran Anwar, Wan Azizah dan anak mereka Nurul Izzah di Parlimen akan menimbulkan wasangka yang PKR adalah parti yang didominasi keluarga Anwar - walau bagaimanapun kemampuan mereka sebagai pemimpin.

Wan Azizah seharusnya diangkat kerana membuat keputusan ini - dan 10 tahun pembabitan beliau dalam politik secara langsung akan diingati kerana beliau telah berjaya untuk terus meniupkan semangat reformasi walaupun ia kian malap pada tahun 2004. Wan Azizah pada tahun itu menjadi satu-satunya wakil PKR di Parlimen, dan terus menerajui parti hingga kejayaannya pada bulan Mac tahun ini.

Cabaran bagi seluruh rakyat Permatang Pauh bukanlah sedikit. Dalam pilihanraya kecil, kita sedia maklum jentera Barisan Nasional dan kerajaan Pusat akan tertumpu ke kawasan tersebut. Ketakutan BN terhadap Anwar akan menjadikan pilihanraya kecil ini - jika diteruskan - yang paling kotor dalam sejarah. Namun pilihanraya yang lalu telah membuktikan bahawa rakyat yang makin celik dan marah tidak mudah untuk ditipu. Tanggungjawab kita semua adalah untuk memastikan yang kita tidak akan ditipu lagi.

Bangkitlah, dan buatlah keputusan yang paling tepat untuk Malaysia.

23 July 2008

Lagi-lagi Isu Perpaduan Melayu...


Sekali lagi pimpinan UMNO dan BN mendedahkan taktik kotornya sekadar untuk mempertahankan kekuasaannya - yang terbaru pendedahan bekas MB Selangor Khir Toyo yang mereka telah menawarkan jawatan MB Selangor kepada pimpinan PAS sebagai 'balasan' untuk bersepadu dengan UMNO menubuhkan kerajaan bercampur di Negeri Selangor setelah mereka tewas dalam pilihanraya yang lalu.

Menurut Khir, upaya mereka itu telah digagalkan oleh pengaruh Anwar Ibrahim - sekaligus menggagalkan usaha UMNO untuk menyatupadukan orang Melayu di bawah naungan UMNO dan PAS.

Tidakkah Khir sedari yang sikap perkauman dan oportunis sebegitulah yang telah menyebabkan kekalahan mereka pada pilihanraya tersebut? Selama ini orang Melayu mudah ditakutkan dengan retorik 'ancaman' daripada golongan ekstremis bukan Melayu (baca: parti bukan Melayu bukan MIC atau MCA) - namun ini semua telah berubah pada tahun 2008. Rakyat semakin sedar bahawa isu perkauman sering dipergunakan oleh kerajaan BN untuk mengekalkan kekuasaan mereka. UMNO sebenarnya tidak pernah benar dan ikhlas dalam mempertahankan ketuanan Melayu - malah mereka lebih suka menggunakan retorik 'kelemahan' dan 'kemiskinan' Melayu untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya terus bergantung harap kepada UMNO. Apakah yang telah mereka lakukan selama ini untuk meningkatkan keyakinan dan martabat orang Melayu? Mengapakah selama 50 tahun mereka berkuasa kita masih belum mempunyai keyakinan untuk memperjuangkan bangsa Malaysia?

Kini PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat menawarkan sebuah alternatif - sebuah alternatif yang tidak lagi bertunjang kepada paksi perkauman. Orang Melayu tidak perlu gusar dan menganggap mereka terancam di negara ini. 'Pencairan' dasar perkauman ini telah membolehkan rakyat menumpukan perhatian kepada isu dan masalah negara yang lebih penting - seperti ketelusan kerajaan, ruang demokrasi, ekonomi dan sebagainya.

Sangat menggusarkan jika UMNO dan BN masih tidak dapat memahami dynamics ini. Di kala rakyat dengan jelas dan terang-terangan telah menolak politik perkauman pada pilihanraya yang lalu, UMNO dan BN masih terperangkap dalam agenda kolot yang diperjuangkan dulu. Agenda tersebut telah terbukti gagal. Malah agenda tersebut telah gagal segagal-gagalnya di KL dan Selangor terutamanya - di mana parti multi-racial PKR telah menang dengan meyakinkan.

Jelas sekali UMNO kini bagaikan dinosaur yang sedang menuju self-destruction kerana ketidakmampuan mereka untuk bukan sahaja memahami kehendak rakyat yang sebenar - tetapi juga kerana kebingalan mereka untuk terus menggunakan retorik yang sudahpun lepas tarikh luputnya.

Dalam keadaan ini, pihak yang masih merasa ada nilainya untuk bekerjasama dengan UMNO itu hanyalah pihak yang lebih lemah daripada UMNO sendiri - dan saya yakin dan berharap, untuk masa depan negara kita, tidak ada pihak yang sebegitu memalukan.

16 July 2008

Aksi orang yang terdesak...

Berikutan berita penangkapan Anwar Ibrahim, semakin yakinlah rakyat bahawa kerajaan kini makin takut dengan cabaran politik yang ditampilkan oleh penasihat PKR dan Pakatan Rakyat itu.

Dalam beberapa minggu sahaja, sudah banyak contoh kejadian misterius yang membuatkan orang ramai makin yakin dan percaya terhadap Anwar Ibrahim - 'kehilangan' penyiasat kes Altantuya selepas dua pengakuan bersumpah, 'kemunculan semula' dan ulang-tayang tuduhan liwat terhadap Anwar, 'laporan perisik' yang mengatakan bahawa PKR bercadang untuk mengadakan demonstrasi yang mampu mengganggu keamanan negara sehingga seluruh KL perlu di'roadblock' dan kegagalan PDRM untuk membaca waktu (yakni jam 2.00 petang) dengan tepat sehinggakan polis khas berbalaclava perlu menangkap Anwar.

Semua ini membayangkan kepada rakyat bahawa kerajaan UMNO/BN kini semakin takut dengan Anwar - sehinggakan isu-isu yang telah cuba digunakan dengan gagal 10 tahun lalu perlu diulang-pakai. Kejayaan Anwar untuk memalukan wakil kerajaan BN iaitu Ahmad Shabery Cheek di depan seluruh rakyat Malaysia secara langsung dalam debat petrol menambahkan lagi ketakutan mereka. Jika sebelum ini, rakyat hanya mengesyaki bahawa para menteri BN tidak mempunyai kebijakan, debat tersebut telah membuktikan pandangan mereka.

Sekarang rakyat hanya menunggu - apa lagi yang akan mereka lakukan sekarang? Apa lagi modal yang mereka ada untuk terus mengaibkan Anwar dan memperbodohkan rakyat?

15 July 2008

Debat yang dangkal, peluru yang kosong

Debat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia semalam ternyata kini hanyalah satu forum dangkal yang gagal memberikan solusi kepada masalah dan beban ekonomi yang dihadapi oleh rakyat.

Apakah yang membuat Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek berfikir yang dia mampu menangani satu debat dengan Penasihat PKR Anwar Ibrahim? Jawabannya hanya Shabery yang tahu, namun yang pasti Shabery tidak mempunyai bakat untuk mempertahankan dasar-dasar kerajaan walaupun berhadapan dengan Anwar Ibrahim yang hanya menampilkan separuh daripada bakatnya.

Shabery ternyata tidak mampu membelok dan berubah daripada pemikiran dangkal pemimpin Barisan Nasional yang selalu menggunakan serangan peribadi apabila putus akal. Shabery memang ternyata putus akal dalam debat itu. Walaupun dia telah cuba memulakan hujahnya dengan isu-isu petrol - namun tak sampai 2 minit pun dia sudah mula membuka serangan peribadi.

Apa saja yang terfikir di benaknya menjadi bahan hujah Shabery - Anwar pada tahun 1974, Anwar pada tahun 80-an, Anwar pada tahun 1990, Anwar pada tahun 1998 - tanpa pernah memberikan solusi dan penerangan terhadap dasar kenaikan harga petrol yang membebankan rakyat ini. Isu preskripsi IMF, protes jalanan, inflasi Malaysia yang 'terkawal', kebijakan Petronas - semua isu-isu basi yang diulang-pakai untuk menyerang Anwar tanpa membidas hujah-hujah Anwar secara tuntas dan ikhlas.

Yang jelas juga, Anwar tidak berada di tahapnya yang biasa - mungkin hanya 50% daripada kemampuannya yang biasa. Itupun tidak mampu ditangani Shabery.

Debat tersebut menggambarkan dengan jelas kelemahan dan kebobrokan kerajaan - jika itulah yang terbaik yang dapat mereka tawarkan untuk rakyat maka tidak hairanlah rakyat mendoakan perubahan kerajaan dalam hari terdekat.

-AR

26 April 2008

Majlis Memperingati dan Pelancaran Buku-buku Allahyarham Rustam A. Sani

Majlis Pelancaran Buku-buku Allahyarham Rustam A. Sani yang sekaligus menjadi acara memperingati beliau telah selamat disempurnakan pada hari Sabtu, 26 April 2008. Buku-buku 'Social Roots of the Malay Left' dan 'Failed Nation? Concerns of a Malaysian Nationalist' telah dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perpustakaan Raja Tun Uda (Perpustakaan Awam Negeri Selangor) di Shah Alam, di hadapan teman-teman dan pendokong Allahyarham.

Pihak keluarga Allahyarham mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, SIRD dan semua yang hadir akan sokongan dan penghargaan yang telah diberikan, terutamanya kepada Datuk Seri Anwar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri, Dr Syed Husin Ali, Hishamuddin Rais, A Samad Said, Prof Norani Othman dan Clive Kessler.

Berikut disertakan ucapan yang telah disampaikan oleh anak-anak Allahyarham, Azrani dan Ariani Rustam dalam acara tersebut:

Sepatah kata sempena pelancaran buku Allahyarham Rustam A. Sani

by Azrani Rustam

It is not easy to say more about a great person whose ideas and opinions had touched so many and struck a chord across sections of society. So much has been said and written in the past few days since my father’s departure that captures very much all that was Rustam A. Sani.

But the Rustam that I know, the father, the friend was more than just that man whose prolific writings had influenced the hearts and minds of so many people. He was an embodiment of his writings. Whatever he had written was supported by not only conviction, but also with his deeds. We the family saw how he lived by the words he expressed, by the thoughts and ideas he generated.

Papa wrote fearlessly, not merely because he could, but because he strongly felt that he should. He was imbued with a strong sense of need to highlight the issues that were impacting the country, the people, and to share his deep rooted concerns over the direction this country was moving towards. He wrote because he knew we, as a nation, as a people, could do better politically, socially and culturally.

Yet, Papa did not merely complain and criticize. The comments in his writing was always underpinned by an intellectual base, a reason, and an academic explanation which had been expressed in the simplest and clearest of writings over the years to reach the masses. That was his greatest joy – that his writings could be related to and leave an indelible mark on the audience.

And if he was here today, to see all of you, all the people that have been “touched” by his writings, thoughts, opinions and his even sharp criticisms over the years, he would have been extremely proud and honoured.

On behalf of my family I would like to thank friends and family members for the tributes that have been pouring in on my late father and for the support you have given us during this difficult time. Your words have been both consoling and comforting and we will never forget them. We would also like to thank the Strategic Information and Research Development Centre for bringing these two books to live for my father.

In these two books, Papa has provided us with both a lesson in social and political history (in Social Roots) and a snapshot of the issues that we need to tackle moving forward based on the concerns that he has of the present day. With these two books, Papa has provided us a picture of the past, a picture of the present, and some ideas to achieve a better future.

Papa has left us - but he left us with truly the greatest gift that any father could have passed on to his son, that any individual could have given to his nation: his words.

And he has left us with a question: Are we a failed nation? And I believe that the greatest tribute that we all could give my father is to take his messages in this book and work in our own ways towards a better Malaysia so that the generations of Bangsa Malaysia to come can say we have succeeded as a nation. For my father knows, we could do better.

Sepatah kata sempena pelancaran buku Allahyarham Rustam A. Sani


oleh Ariani Rustam

Walaupun kami sekeluarga merasa amat berbelah-bagi untuk menghadiri majlis pelancaran buku arwah Papa saya pada hari ini, namun kami yakin bahawa beliau sendiri menginginkan kami agar meneruskannya. Sebenarnya, acara ini sendiri adalah satu peninggalan yang amat bermakna arwah Papa – hasil pemikirannya terpancar di seluruh pelusuk dewan ini, dari susunan kerusi meja, ke rekaan grafik pada poster-poster dan susunan aturcara, walaupun pada hari ini beberapa perubahan terpaksa dibuat. Kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SIRD bukan hanya kerana menerbitkan buku-buku arwah, tetapi juga kerana meneruskan acara pada petang ini sebagai memperingati perjuangan arwah Papa.

Dalam kehidupannya hinggalah ke akhir hayatnya, arwah Papa merupakan seorang pejuang yang tidak suka menyusahkan orang lain. Beliau tidak pernah meminta atau mengharapkan sebarang pemberian daripada orang. Integriti, maruah dan egonya amat tinggi. Budaya meminta-minta, mengampu, mengharapkan agihan tidak ada dalam kosa kata kehidupannya.

Mungkin kerana itulah beliau boleh menulis dan menyatakan pandangan dan pendapatnya dengan tegas, berani dan kritis. Malah, kami sekeluarga turut tidak lari daripada pandangan kritikal arwah. Pasti ada juga di kalangan hadirin dalam dewan yang pernah merasa kritikan tajam yang kadangkala berbisa. Walaupun Papa orangnya sinis, namun senantiasa menyatakan pandangannya dengan bahasa yang berbudi dan indah.

Yang pasti, pandangan, kritikan dan teguran beliau lahir daripada pemerhatian yang jujur, telus dan tidak mempunyai sebarang agenda peribadi atau mengharapkan apa-apa balasan di dunia. Agenda beliau yang utama adalah untuk mencetuskan perdebatan – sekalipun hanya sekadar mengocak minda – agar dapat membina landasan untuk perubahan sosial yang amat diperlukan dalam masyarakat kita.

Sewaktu idea untuk menerbitkan buku Failed Nation? mula dibincangkan, arwah Papa merasakan bahawa kandungan buku ini amat penting untuk menunjukkan bahawa kerisauan beliau (dan juga teman-teman akademik dan pemikir yang seangkatan dengan beliau) tentang penyakit-penyakit sosial yang sedang menghalang usaha untuk membina sebuah negarabangsa Malaysia telah pun dinyatakan sejak berpuluh tahun lalu.

Papa kadang-kadang berjenaka bahawa pandangan seorang akademik/pemikir sering tidak mendapat recognition, tidak seperti pandangan seorang ahli politik. Maka itulah, Papa amat berbesar hati dengan bibit-bibit perubahan yang mulai tampak muncul pada 8 Mac 2008 lalu, dan ternanti-nanti hari bila seorang intelektual/pemikir akan menjadi pemimpin besar negara – bukan kerana beliau terlalu menyanjungi pemimpin atau mempunyai apa-apa agenda politik tersendiri, tetapi kerana Papa tidak mahu Malaysia menjadi sebuah failed nation. Kalaupun ada agenda peribadi atau selfish reasons untuk beliau terus berjuang, itupun hanya kerana beliau tidak mau cucu kesayangannya Arissa Azrani membesar di dalam sebuah negara yang tidak bebas pemikirannya, yang lemah etikanya dan cetek ilmunya.

Bagi kami, arwah adalah seorang family man yang meletakkan keluarganya di tangga teratas perhatiannya. Papa sendiri, walaupun sangat menyanjungi arwah ayahandanya, Ahmad Boestamam sebagai seorang pemikir dan pejuang, tidak mempunyai hubungan yang begitu rapat dengan arwah ayahnya. Maka itu beliau amat mementingkan keluarganya – jika arwah ayahanda beliau terpaksa berkorbankan kehidupan keluarga untuk perjuangan politik yang heroic, apa saja pengorbanan yang dibuat oleh arwah Papa tidak pernah membebankan atau menyusahkan kami sekeluarga. Sehingga ke akhir hayatnya arwah Papa menunaikan janji itu kepada dirinya.

Arwah Papa yang kami kenali pasti tidak mahu kesedihan kami atas kehilangannya menjadi penghalang kepada penerusan tradisi pemikiran dan perjuangan menerusi mata pena beliau. Beliau pasti mahukan kita semua terus memikirkan masa depan negarabangsa kita ini dan memerdekakan minda rakyat. Papa faham, setiap orang berjuang dengan cara tersendiri walaupun dalam medan perang yang sama. Perjuangan beliau adalah perjuangan seorang gentleman, tetapi intipati perjuangan itu tidak kurang sumbangannya ke arah mencapai cita-cita murni beliau untuk mewujudkan sebuah negarabangsa Malaysia.


Nota: Pihak keluarga memohon jika ada sesiapa yang mempunyai foto-foto daripada acara pelancaran buku, dapatlah dikirimkan melalui email ke arianirustam@gmail.com. Terima kasih.


25 April 2008

AL-FATIHAH

Pihak keluarga Allahyarham Sdr Rustam A. Sani merasa amat terharu dan berterima kasih atas ucapan takziah daripada pelbagai pihak atas kepulangan beliau ke Rahmatullah pada 23 April lalu.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

25 April 2008

21 April 2008

Mahathir lagi: Bilakah semua ini akan reda?

Saya benar-benar kagum akan Mahathir, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya.

Dia akan terus bertakata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber “pendapat” bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Badawi, misalnya.

Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.

Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan “Hard Talk” baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.

Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran PROWARIS atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.

Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.

Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar personanya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latarbelakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?

Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan “Hard Talk” BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.

Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.

Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.

Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.

Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya “media barat”).

Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka “orang putih” yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.

Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.

Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Swettenham, Winstedt.

Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.

Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.

Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita V. K. Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.

Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak geri maupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.

Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?

20 April 2008

Memilih Abdullah: Kesilapan Mahathir atau konspirasi yang tidak menjadi?

Semakin hari Dr. Mahathir kelihatannya semakin tidak sabar untuk menyingkirkan Abdullah Badawi. Namun senario yang diharapkannya ialah supaya PM itu disingkirkan oleh Umno sendiri – bukan melalui proses yang melibatkan pihak pembangkang di Parlimen.

Alasan tersiratnya amat jelas: Jika Abdullah tersingkir oleh Umno kemungkinan beliau digantikan oleh seseorang dalam Umno sendiri akan memungkinkan Mahathir terus memanipulasi situasi politik negara ini dari belakang tabir, lebih-lebih lagi jika si pengganti itu terdiri daripada para sekutu yang boleh terus dimanipulasinya.

Oleh kerana itulah Dr Mahathir bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang berusaha menjatuhkan Abdullah dalam kerangka percaturan politik kini, termasuklah inisiatif Ku Li. Kinipun beliau sudah menjadi penceramah favorit dalam kegiatan-kegiatan demikian oleh beberapa Bahagian dan kelompok dalam Umno.

Namun, Dr. Mahathir juga sering berhadapan dengan suatu masalah setiap kali dia mengkritik Abdullah. Bagi setiap “kelemahan” yang ditimbulkannya, orang akan bertanya tidakkah kelemahan Dr. Mahathir juga jauh lebih besar, bahkan bukankah dia sendiri yang telah memulakan kelemahan-kelemahan tersebut?

Lebih jauh lagi, orang akan bertanya bukankah Mahathir sendiri yang bertanggungjawab bagi peningkatan kerjaya politik dan pemilihan Abdullah Badawi sebagai PM? Bukankah monster yang kita hadapi kini merupakan monster ciptaan Dr. Mahathir?

Oleh kerana itu di Kajang baru-baru ini, untuk kesekian kalinya, Dr. Mahathir telah membuat pengakuan bahawa pemilihan dan peningkatan Abdullah untuk jawatan yang dipegangnya sekarang merupakan kesilapannya sendiri.

Sebagaimana biasa, Dr. Mahathir mencoba berselindung di sebalik kelemahan manusiawinya yang menyebabkan dia menjadi “a very bad judge of human character”. Menurutnya, pada waktu itu dia telah tersalah tanggap sifat dan sahsiah Abdullah Badawi yang sebenarnya, kerana pada waktu itu dia terkenal sebagai “Mr. Clean”.

Soalnya ialah: Pernahkah Dr Mahathir benar-benar berminat untuk mencari seorang yang bersih, seorang Mr. Clean, dalam pasukan pimpinannya maupun dalam kabinetnya?

Dan kini setelah melihat Abdullah beberapa tahun bertindak sebagai seseorang yang berkuasa, dia amat menyesali peranannya memilih Abdullah dahulu. Oleh kerana itulah dia kini begitu ghairah mengkritik Abdullah – dan berusaha menjatuhkannya!

Bagi saya alasan yang diutarakan Dr Mahathir ini merupakan alasan yang amat lemah, penjelasan yang tidak tulus dan sengaja diada-adakan.

Pengunduran Dr. Mahathir dari kekuasaan yang dipegangnya selama lebih dua dasawarsa itu bukanlah pengunduran yang berlaku dengan tiba-tiba. Sejak Umno dan BN menghadapi kekalahan teruk pada tahun 1999 (hampir sama teruknya dengan kekalahan tahun 2008), Dr Mahathir telah berusaha keras untuk memulihkan Umno.

Menjelang tahun 2003 usahanya itu ternyata gagal. Dr. Mahathir mulai sedar bahawa BN dan Umno akan menghadapi malapetaka yang lebih besar jika dia sendiri terus memimpin parti itu dalam pilihanraya yang berikutnya – dijangka akan berlangsung pada tahun 2004.

Dr. Mahathir ingin meneruskan zaman pemerintahannya yang sudah lama itu, namun keadaan tidak lagi mengizinkan. Oleh itu, dia sejak beberapa lama sudah merencanakan pengundurannya tetapi dengan hasrat terselindung untuk terus dapat mempertahankan legacy dan kepentingan diri dan keluarganya.

Oleh yang demikian, dia tidak berminat untuk mencari seorang pengganti yang dijangka akan lebih mantap daripada dirinya sendiri – dan dengan itu akan dapat menghindarkan kemungkinan kegemilangan zaman dan dirinya dimalapkan oleh kejituan penggantinya itu.

Abdullah Badawi merupakan pilihan yang dilakukan secara sedar oleh Dr Mahathir dalam kerangka rancangan “pengunduran dirinya” yang palsu dan tidak berniat murni itu.

Dr Mahathir bukan baru mengenal Abdullah – dia merupakan rakan sejawatannya dalam kerajaan dan dalam Umno selama berdekad-dekad lamanya. Malah dia pernah menjadi musuh – dan disingkirkan – kerana keterlibatannya dengan kelompok Ku Li yang telah mencabar kepimpinan Dr Mahathir.

Oleh yang demikian, tentulah mustahil Dr Mahathir tidak mengenal Abdullah Badawi yang sebenarnya, menyedari segala kekuatan dan kelemahannya, apakah beliau merupakan “bahan” yang wajar dijadikan calon PM negara ini.

Namun pemilihan Abadullah telah dirancang dengan tujuan tertentu.

Oleh yang demikian, banyak orang yang terperanjat dan kaget, apabila Dr Mahathir pada mulanya memilih Abdullah sebagai timbalannya dalam Umno dan dalam kerajaan – melangkahi beberapa tokoh lain yang jauh lebih tinggi kedudukannya dalam hirarki kepimpinan Umno.

Nyatalah bahawa Abdullah telah dipilih (mengatasi tokoh-tokoh lain itu) bukan kerana kekuatan dan kelebihannya – malah kerana kelemahannya. “Kelemahan” itu diperlukan sebagai semacam jaminan bahawa legacynya sendiri tidak akan dimalapkan dan diatasi (overshadow) dan penggantinya itu akan terus dapat dimanipulasi untuk terus melindungi kepentingan dirinya sendiri.

Salah satu faktor besar yang menjadi pertimbangan Dr. Mahathir dalam membuat perkiraan tentang penggantinya itu ialah Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang meringkuk di penjara Sungai Buloh.

Dr Mahathir perlu memastikan bahawa si penggantinya kelak merupakan seseorang yang tidak begitu bersimpati (malah kalau boleh bersikap amat membenci dan memusuhi) terhadap Anwar demi menjamin bahawa nemesisnya itu tidak akan kembali dengan segala kekuatannya untuk menghantui Dr. Mahathir pada waktu zaman persaraannya kelak.

Dan siapakah yamg lebih membenci Anwar Ibrahim pada waktu itu, berdasarkan sejarah persaingan antara mereka dalam konteks kepimpinan Umno, kepimpinan Umno Pulau Pinang, persaingan dalam sejarah gerakan-gerakan pelajar yang mereka pimpin (PKPIM dan GPMS)?

Dr Mahathir memerlukan Abdullah sebagai tangkal untuk menghindar rasukan momok Anwar Ibrahim yang masih bertapa di Sungai Buloh ketika itu.

Sewaktu Dr Mahathir mengumumkan pengunduran dirinya dalam suatu peristiwa yang penuh drama dan air mata di pentas Perhimpunan Agung Umno pada tahun 2003, kedudukan Abdullah sebagai penggantinya telah menjadi begitu kuat dan mantap.

Abdullah seterusnya memperoleh kemenangan dan mandat besar dalam PRU-11 pada tahun 2004 – bukan atas reputasi dirinya sebagai penerus warisan Dr Mahathir tetapi sebagai pengganti Mahathir. Abdullah mwmpin BN dalam pilihanraya tahun 2004 itu sebagai lambang cahaya baru dan harapan baru setelah tiga dekad yang muram lagi melemaskan di bawah Dr Mahathir.

Kemenangan besar Abdullah itu sesungguhnya merupakan kekecewaan pertama bagi Dr Mahathir dalam keresahannya untuk memastikan bahawa legasinya tidak diatasi oleh penggantinya.

Kekecewaan itu semakin hari semakin bertambah pula, berikutan dengan langkah Abdullah menguak ketepi beberapa rancangan dan dasar yang telah dimulakannya – dan dengan Abdullah sendiri mula memantapkan amalan kronisme dan nepotismenya sendiri pula.

Oleh yang demikian, dakwaan Dr Mahathir bahawa perlantikan Abdullah sebagai penggantinya itu merupakan suatu kesilapan merupakan dakwaan yang tidak berasas dan tidak boleh dipercayai. Malah perlantikan itu merupakan suatu rencana jahat yang ternyata tidak menjadi.

Kini, Dr Mahathir tampaknya sedang berusaha gigih untuk memastikan bahawa Abdullah Badawi akan tumbang melalui proses yang berlaku dalam batang tubuh Umno sendiri. Sebab itu dia tidak sekadar rajin berceramah di majlis anjuran Bahagian-Bahagian Umno yang anti-Abdullah dan memberikan sokongan kepada beberapa inisiatif seperti inisiatif yang dipimpin Ku Li.

Dr Mahathir amat mengharapkan bahawa senario yang demikianlah yang akan terjadi. Kejatuhan Abdullah melalui penolakan Umno sekurang-kurangnya akan memberikan harapan tentang kemungkinan kuasa Abdullah diambil alih seseorang yang mungkin dapat dimanipulasinya – tambahan pula jika anak sendiri terlibat dalam kelompok berkuasa tersebut.

Yang amat ditakuti Dr. Mahathir kini adalah kemungkinan Abdullah tewas melalui proses di Parlimen yang akan menyebabkan kuasanya jatuh ke tangan pihak pembangkang.

Dengan terjadinya senario yang demikian, kemungkinannya memanipulasi akan hilang dan pendedahan tentang dosa-dosa masa lampaunya akan menjadi lebih mungkin – seperti yang telah terjadi dalam hubungannya dengan kes pita Lingam dan dakwaan Param Coomaraswamy baru-baru ini.

Patutlah, dalam usahanya untuk menggesa para ahli Umno lebih cepat bertindak, tuduhan terakhirnya ialah bahawa pihak pembangkang kini (yakni para pemimpin Pakatan Rakyat) merupakan penyokong dan peminat Abdullah Badawi yang paling besar. Oleh itu Umno harus bertindak segera menjatuhkan Abdullah, sebelum pihak pembangkang berjaya melakukannya.

19 April 2008

Makkal Osai and our unfree press culture

If anything positive at all came out of the Makkal Osai banning case, than it is the confession by the Internal Security Minister, Hamid Albar, that the press in this country is governed by a list of “guidelines”, the details of which are only for his ministry to know and for the rest of us to make approximate guesses about.

Based on the unfortunate experience of the Makkal Osai, I can only make a guess that if any newspaper wants to be safe, and to be able to publish uninterruptedly, in this country then it must not make any attempt for fair coverage of the news as far as the government-opposition divide is concerned.

I do not believe the minister’s assertion that fanning racial sentiment and hatred is a criterion for which action against Makkal Osai was taken, because in no way can the journalistic slant of that small-circulation newspaper be defined as being more bigoted and more racist than that of the Umno-controlled Utusan Malaysia.

For several weeks now, specifically since the Umno-led BN government suffered losses at the 12th General Elections, there is no other way that the journalistic slant of the Utusan can be described other than as being stark racist. The only difference from the Makkal Osai is that the Utusan practices unbalanced coverage of the news in favour of Umno and BN as against the opposition.

Why is that, one would ask, the Utusan is not subjected to the same punitive measures as the Makkal Osai – I would call the measure as banning although Hamid Albar, in yet another attempt to hide behind technicality, would call it just the “the withholding of the annually renewable publishing permit.”

Should any international and foreign press freedom NGO again comes out with yet another accusation that Malaysia practices suppression of press freedom, then the government would almost certainly jump up with yet sillier “technicality” arguments such as: opposition parties are allowed to have their own papers and newspaper organisation are left to decide their own editorial policies.

Indeed, I would be the last to assert that Malaysia practices “press censorship” narrowly and technically defined. Technically, press censorship exists when the government stations official censors at the newspaper establishments to directly oversee the work of editors – and that does not happen in Malaysia.

But press control – and indeed effective press control at that – can be implemented by other means, such as through corporate control of newspaper publishing companies, through political participation in the appointment (and sacking) of editors, and, especially, through the “withholding of annually renewable publishing permits.”

And all these things indeed do take place in Malaysia.

With such delimiting legal parameters existing around the world of free press in this country, over the years a culture of “press unfreedom” that even some of our best journalists are unaware of have slowly but surely developed. The situation is quite akin to the situation of our students and professors being unaware of the existence of a true culture of academic and intellectual freedom different from what we have in our unfree universities.

It is this true press freedom that the Makkal Osai people have tried to practice – and had to pay with the price of their very own journalistic existence. They should have known better, and should have emulated the Utusan brand of “journalism” instead.

That unfree press culture must have permeated our journalistic world quite deeply that even our best star journalists had learned to thrive in it and live with it rather blissfully, quite unaware of the fact that they are being deprived of the very basic element of their own profession that existed in a true world of press freedom.

Some of our “star” journalists, such as A. Samad Ismail, A Kadir Jasin, Mazlan Nordin, Johan Jaaffar, Ahmad Sebi, Kalimullah, Zainuddin Maidin, and especially Wong Choon Wai, appear to have thrived, and enjoyed, performing their roles as defined by the powers that be within that unfree culture.

Said Zahari is the only journalist I know that had defied the culture, and had to pay with the best years of his life spent in incarceration.

But even these subservient journalists do not appear to really understand specifically the arbitrarily and administratively defined limits of the culture of press unfreedom. Many of them have unwittingly crossed forbidden lines and had to pay dearly with their careers being cut short.

Neither do these journalists appear to understand, let alone be committed to, the true nature of the “real” culture of press freedom. As such, whenever there are those among them who are elevated to more powerful positions – as in the case of Zainuddin Maidin who was made the Information Minister – they do not use their exalted positions to promote a true culture of press freedom, but in fact to suppress it even further.

If journalists such as Zainuddin Maidin could not be expected to have a fine understanding of the notion of “press freedom”, then what hope do we have to see the culture of press freedom to thrive under the watchful and suppressive administrative eyes of people such as Hamid Albar and Ahmad Shahbery Cheek?

As such, I would consider the naïve appeal of some well meaning writers to call on the government to give the Massal Okai “a second chance” as futile.

Within the existing culture of unfree press, the best hope for Makkal Osai is to acquire the services of some politically correct sponsors who would act as feelers to approach the government, with the promise that they would change their ways, to be in line with the existing culture and to behave exactly as Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times, and others are doing.

UPDATE: Soon after the above was posted, I was rather pleasantly surprised by Hamid Albar’s policy statements and announcment of some sweeping changes on some existing policies on media freedom (See Malaysiakini: April 20.) I am, however, withholding my reaction for the moment – until I see more definitive results from the Minister’s inititives. I would initially applaud his announcements as a step in the right direction.

Penyingkiran Abdullah: Mengapa Mahathir tak sabar-sabar?

Sejak Umno dilanda tsunami politik pada PRU-12 yang lalu, topik yang paling hangat diperkatakan adalah “pemulihan” atau “peremajaan” parti itu.

Sayangnya tidaklah terdapat sebarang tenaga cendekia yang cukup mantap dalam batang tubuh Umno sendiri yang mempunyai daya berfikir yang mantap untuk menawarkan sebarang gagasan bagi melaksanakan upaya penyelamatan itu.

Para pemimpin Umno yang ada, seperti biasa, terlalu sibuk mempertahankan diri dan menyalahkan orang lain bagi malapetaka besar yang dialaminya baru-baru ini.

Golongan pemimpin semasa dalam Umno yang terhutang budi kepada Abdullah sebagai penyelamat kerjaya politik mereka – sesetengahnya terpaksa dikitar semula dari timbunan sampah kerjaya yang penuh kejelekan dan korupsi – terpaksa mempertahankan Abdullah dengan hujah-hujah yang melucukan.

Golongan pimpinan angkatan muda dalam Umno juga tampaknya tidak memperlihatkan kemantapan diri mereka sebagai para pemikir dan tenaga pembaruan atau reformis yang mantap dalam Umno. Mereka terlalu sibuk berlatih untuk permainan yang lumrah dalam Umno – yakni berebut kuasa – selain sibuk mengampu golongan pemimpin yang ada demi menjamin masa depan kerjaya mereka masing-masing.

Jika adapun golongan yang tampaknya cukup ghairah dan berani menyuarakan pendapat dalam usaha menyingkirkan Abdullah – dan usaha ini mereka tafsirkan sendiri sebagai upaya menyelamatkan Umno dan Melayu – maka golongan itu terdiri daripada para pemimpin veteran, golongan yang sudah bersara atau telah tersingkir dan berasa telah dianiaya oleh Abdullah.

Golongan tersingkir ini terdiri daripada pelbagai jenis – daripada mereka yang tidak dipilih untuk bertanding pilihanraya, kalah pilihanraya, menang pilihanraya tetapi tidak dipilih menganggotai kabinet, atau mereka yang sengaja mencoba “mengendeng” kembali untuk mendekati PM – seperti Sang Kelembai yang baru-baru ini melakukan “korner baring” dan mengucup tangan Abdullah di Lapangan Terbang Kota Kinabalu!

Memang tidak dapat dinafikan bahawa memang terdapat di kalangan mereka ini para tokoh yang memang secara ikhlas berasa risau dan khuatir tentang nasib Umno di bawah pimpinan Abdullah – dan memang benar-benar mahu menyumbangkan baktinya untuk menyelamatkan dan meremajakan Umno.

Antara tokoh yang demikian itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Sayangnya, bagi saya, Ku Li ini lebih kuat semangat, iltizam dan azamnya untuk menyelamatkan dan meremajakan Umno. Namun dari segi kreativiti pemikiran dan kemantapan cendekianya, tidak ada sesuatu yang segar lagi meyakinkan yang telah diutarakannya untuk membantu Umno bangkit kembali dari pukulan maut tsunami yang baru dialami itu.

Paling jauh, Ku Li sekadar menyeru dibangkitkan semangat dan daya untuk menghidupkan kembali semangat “asal” Umno yang berakar umbi pada milieu sosial masyarakat majmuk zaman kolonial dan konsep longgar perjuangan Umno tentang “ketuanan” Melayu yang telah dituangkan ke dalam acuan yang bernama DEB sejak lebih tiga dasawarsa yang lalu.

Oleh kerana Ku Li paling berani bersuara, maka bukan sedikit para pemimpin lama yang telah bersara atau dikesampingkan itu turut bergayut sahaja di ekor perjuangan dan semangat Ku Li.

Semua pihak yang melancarkan inisiatif menentang Abdullah dan menuntut pengundurannya itu sekurang-kurangnya sekata suara mereka dalam menunjangkan perjuangan itu atas hasrat menyelamatkan Umno sebagai sebuah institusi politik dan sosial yang ditakrifkan sebagai “payung” dan “penyelamat” orang Melayu.

Dalam hubungan ini, kita kurang pasti apakah yang sebenarnya mau diselamatkan itu ialah Umno sebagai payung Melayu atau sekadar beberapa unsur dongeng atau mitos tentang Umno yang dibiar berleluasa selama ini.

Apakah benar nasib orang Melayu di negara ini akan tertimbus sepenuhnya jika Umno dibiarkan berakhir, kerana sudah tidak dapat diselamatkan lagi, kerana tidak lagi mampu menyelaraskan kewujudannya dengan kewujudan sebuah struktur dan milieu sosial yang sudah amat berubah pada abad kedua puluh satu ini?

Sejak tercetusnya sejarah perjuangan nasionalisme Melayu dan sejak tercapainya kemerdekaan, Umno telah merupakan tenaga politik dominan dalam sejarah politik negara ini.

Jika hari ini kita mengatakan bahawa kedudukan orang Melayu yang dihitung berdasarkan hujah peratusan oleh kalangan pemimpin Melayu sendiri, berdasarkan perkiraan masyarakat majmuk zaman kolonial itu, masih mundur dan keterbelakang berbanding bangsa-bangsa asing di negara ini, maka siapakah yang bertanggungjawab bagi keadaan itu?

Jika cita-cita muluk dan murni perjuangan nasionalisme Melayu – misalnya kedudukan bahasa Melayu, pendidikan Melayu, pendidikan tinggi Melayu, martabad dan harga diri Melayu di alam sejagat – tidak tercapai (malah merosot setelah mendaki beberapa kejayaan awal), maka siapakah yang bertanggungjawab kalau bukan Umno?

Dan kini, mitos tentang payung dan penyelamat Melayu inilah yang coba ditegakkan untuk menyelamatkan parti yang ternayata sudah hilang kerelevanannya dan tidak memperlihatkan daya cendekia untuk meneruskan kerelevanan itu.

Jika difikirkan secara mendalam lagi objektif, tidakkah lebih realistik membiarkan sahaja Umno berkubur (sebagaimana parti-parti lama di negara-negara lain pernah berkubur) dan memberikan peluang kepada para pemimpin lain yang mempunyai konsep perjuangan yang segar tentang kedudukan Melayu dalam kerangka masyarakat dan negara Malaysia pelbagai kaum yang baru melaksanakan perjuangannya dalam kerangka dan wadah baru di luar wadah Umno itu.

Selain itu, saya agak khuatir sejauh manakah perjuangan golongan tua yang ingin meremajakan Umno ini merupakan perjuangan yang sekata dari segi kemurnian cita-citanya.

Jika usaha dan upaya Ku Li terbukti tulus dan murni, maka sejauh manakah pula kemurnian perjuangan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Abdullah? Apakah dia sebenarnya berminat untuk menyelamatkan Umno daripada pemimpin yang lemah seperti Abdullah, atau dia sebenarnya lebih berminat untuk menyelamatkan diri dan warisannya sendiri daripada dibiarkan terdedah tanpa dilindungi oleh pimpinan Abdullah yang lemah?

Yang sukarnya bagi Mahathir, berlainan daripada Ku Li, dia tidak wajar bertindak lebih agresif dengan mencabar kedudukan Abdullah sebagai Presiden parti. Langkah yang demikian akan memperlihatkan dirinya sebagai “gila kuasa” dan ingin campur tangan – sedangkan kenangan rakyat tentang kebobrokan zaman pemerintahannya sendiri masih segar!

Yang untungnya bagi Mahathir ialah hakikat bahwa beliau lebih articulate (meskipun tidak selalu lebih kredibel hujah dan lojiknya) daripada sebarang pemimpin Umno yang lain. Oleh itu dia menjadi penceramah kegemaran di kalangan bahagian-bahagian Umno yang berasa agak kurang senang dengan kepimpinan Abdullah.

Meskipun Ku Li bersedia menyusun langkah yang tertib dan mengikut kaedah yang wajar untuk mengatur cabarannya terhadap kepimpinan Abdullah, namun Mahathir secara terang-terangan memperlihatkan sikap tidak sabarnya untuk melihat Abdullah dihumban keluar oleh Umno.

Jelaslah bahawa beliau lebih ingin melihat Abdullah disingkirkan melalui proses yang berlaku dalam kerangka batang tubuh Umno sendiri – dan bukannya melalui satu proses yang melibatkan pihak pembangkang di Parlimen, misalnya.

Jika Abdullah tersingkir melalui proses yang berlaku dalam Umno sendiri, maka kemungkinan Mahathir melindungi nama dan warisan dirinya akan menjadi lebih terjamin – khususnya jika pengganti Abdullah sebagai PM kelak merupakan seseorang yang dapat dimanipulasinya atau disertai oleh anaknya sendiri yang berada dalam kelompok kepimpinan baru itu.

Dalam keadaan sekarangpun “keselamatan” kredibiliti Mahathir telah beberapa kali dipersoalkan dalam hubungan dengan peranannya dalam kes pita Lingam atau dalam kes yang ditimbulkan oleh peguam kanan Param Coomaraswamy baru-baru ini.

Dalam kes-kes yang demikian, Mahathir tampaknya lebih banyak mencuba berlindung di sebalik kegagalan daya pengingatannya sendiri atau berselindung di sebalik technicality – sama ada sesuatu itu merupakan prerogatifnya sebagai PM maupun kerana beliau dikelirukan oleh fakta dan nasihat yang kurang jelas.

Dalam situasi kuasa Abdullah tersungkur dalam suatu proses yang melibatkan pihak pembangkang dan pemerintahannya diambil alih oleh pihak pembangkang, maka kemungkinan Mahathir mempertahankan kredibiliti dirinya dan berselindung di sebalik hujah-hujah dangkal tentang hilang ingatan maupun melaksanakan prerogatif jawatannya tentulah sukar dipertahankan.

Saya tidaklah menentang sebarang usaha untuk menjatuhkan Abdullah, namun segala pihak (khususnya dalam batang tubuh Umno sendiri) yang mahu melihatnya jatuh mestilah mampu membezakan antara hasrat dan natijah pelbagai pihak yang mengambil inisiatif ke arah itu.

Khususnya, kita harus memahami perbezaan besar antara hasrat dan natijah upaya Ku Li dan upaya Mahathir.

Sejak akhir-akhir ini, umpamanya, Mahathir berusaha pula menggambarkan para pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan Karpal Singh sebagai peminat dan penyokong Abdullah.

Jelaslah bahawa tujuannya ialah untuk mencampur baurkan penentangan terhadap Abdullah itu dengan rasa takut orang Umno sendiri terhadap pemimpin pembangkang. Dengan yang demikian, orang Umno akan lebih gigih berusaha menjatuhkan Abdullah melalui proses Umno sendiri sebelum pihak pembangkang dapat melakukannya.

Jika situasi ini terjadi, maka akan lebih terjaminlah kemungkinan Mahathir memanipulasi keadaan dan mempertahankan dirinya melalui manipulasi yang demikian.

18 April 2008

My new books to be launched on April 26 – by Anwar Ibrahim

I am glad to inform friends that my two new books – Failed Nation? Concerns of A Malaysian Nationalist and Social Roots of the Malay Left – have just been published by the Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya.

There is going to be a Book Launch event on Saturday, April 26, 2008, at 3.00 PM. The venue is: Seminar Hall, Perpustakaan Raja Tun Uda (The Selangor Public Library), Persiaran Bandaraya, Shah Alam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim has graciously agreed to do the honour of launching the books -- and to speak briefly on the books.

All are welcome, but do get your invitation first by calling Ms Choong or Encik Zul at SIRD: 03-79578342/8343. You can also order your copies through them.

Memulihkan Umno: Mengapa Anwar masih jadi isu?

Baru-baru ini laman blog ‘MyKMU’ – dipercayai dikendalikan oleh para penyokong Dr. Mahathir – telah menganjurkan sebuah forum awam bagi membincangkan isu “pemulihan Umno”.

Forum yang berlangsung di Dewan Tari Menari, Hotel Singgahsana Petaling Jaya itu sejak semula telah mencetuskan kontroversi. Ada pihak yang menyokong Abdullah Badawi, misalnya Ketua Penerangan Umno Muhammad Muhd. Taib, telah berusaha bukan sekadar menggesa orang Umno supaya tidak menghadirinya, malah mencoba menghalang mereka daripada berbuat demikian.

Namun demikian, ada pula orang yang meskipun tidak diundang tetap menghadirkan diri (dan mengambil bahagian) dalam forum itu – misalnya bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo yang tampaknya amat memerlukan pendedahan dirinya kepada khalayak Umno seperti itu dalam rangka percaturan politik Umno seterusnya.

Berdasarkan laporan-laporan yang kita baca tentang forum itu, tidak banyak gagasan baru tampaknya yang telah tercetus tentang gagasan pemulihan Umno setelah menghadapi tsunami yang melandanya pada PRU12 yang lalu.

Lebih banyak perhatian masih tertumpu kepada mempersalahkan tokoh dan individu tertentu. Tidak ada pemikiran mendalam lagi analitis tentang masalah jangka panjang yang telah menjadikan Umno begitu tidak relevan dalam arena politik Malaysia hari ini.

Namun, majlis tersebut telah mencetuskan suatu peristiwa yang agak menggemparkan. Dalam sesi tanya-jawab forum tersebut Ketua Pemuda Umno Cawangan Parit 8 Sekincan, Saznizam Adham, telah mengemukakan pertanyaan tentang mengapakah demikian sukar bagi Umno untuk menerima kembali Anwar Ibrahim sebagai pemimpin, demi menyelamatkan parti itu.

Dengan segera Saznizam telah disorak dan diboo, ditarik tengkuknya dan diusir keluar dewan tari menari Hotel Singgahsana itu di tengah-tengah kata kesat dan maki hamun.

Hakikat bahawa peristiwa yang demikian itu telah terjadi dalam sebuah majlis forum yang membincangkan masa depan Umno di kalangan sesama orang Umno telah banyak diperkatakan. Banyak juga yang mengulasnya sebagai pertanda tentang betapa murungnya situasi dalam Umno kini, sehingga tidak wujud lagi kemampuan dan ketenangan cendekia dalam usaha membincangkan masalah-masalah yang dihadapinya.

Bagi saya, apa yang lebih menarik daripada peristiwa “penghinaan Saznizam” ini ialah hakikat betapa sensitifnya isu kewujudan Anwar sebagai suatu faktor dalam percaturan politik Umno.

Anwar kini jelas sudah menyatakan pendiriannya tidak akan meneruskan “kerjaya” dan perjuangan politiknya dalam kerangka Umno. Beliau bukan sekadar sudah mulai meneroka jalur-jalur baru pergerakan politik di luar Umno, malah telah mulai memperlihatkan kejayaannya memulakan sesuatu yang merupakan alternatif terhadap budaya politik yang telah sekian lama dipelopori Umno.

Gagasan Anwar kembali menyertai Umno sebenarnya sudah hangat diperkatakan sejak waktu beliau dibebaskan Mahkamah daripada tahanan penjaranya beberapa tahun lalu. Namun banyak juga para pemimpin kanan Umno yang menolak kemungkinan itu – atas alasan bahawa Anwar ternyatak telah bertindak sebagai “pembelot” terhadap perjuangan Umno.

Antara yang paling keras sikap menentang “kepulangan” Anwar ialah beberapa pemimpin muda Umno seperti Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin – kerana mereka pastinya melihat kehadiran Anwar sebagai suatu halangan terhadap peningkatan kerjaya mereka sendiri dalam parti itu.

Di kalangan sesetengah pemimpin Umno yang lebih matang dan lebih berpengalaman – umpamanya Tengku Razaleigh Hamzah – terdapat kecenderungan malah untuk menasihati Anwar bahawa salah satu cara yang paling berkesan untuk menjamin pemulihan dan masa depan kerjaya politiknya ialah kembali ke pangkuan Umno.

Yang menariknya, segala perbincangan tentang “peranan” Anwar dalam Umno itu berlaku dengan kencangnya tanpa dicetuskan oleh sebarang usaha dari Anwar sendiri untuk menyatakan bahawa beliau berminat untuk kembali kepada Umno.

Malah jika dipertimbangkan secara logik dam saksama, kemungkinan Anwar mempertimbangkan langkah itu pada waktu ini sebenarnya amat kecil – memandangkan betapa parahnya beliau menjadi mangsa penindasan dan tindak tanduk politik dalaman Umno.

Dan kini pilihan Anwar untuk meneruskan wadah perjuangan politiknya di luar Umno sudah mulai membuahkan hasil – dengan Pakatan Rakyat yang dipeloporinya di kalangan “parti-parti pembangkang” mencapai kejayaan besar dalam PRU-12 yang lalu sehingga memugkinkan pakatan itu memerintah di lima negeri.

Di manakah lojiknya Anwar akan memilih untuk terjun dari kapal barunya yang sedang belayar dengan baik itu untuk menyertai kapal Umno yang memperlihat segala tanda-tanda akan segera terdampar, malah tenggelam? Pertimbangan strategi politik yang bagaimanakah yang masih mendorong orang bercakap tentang kembalinya Anwar ke pangkuan Umno?

Mengapakah citra dan tampang Anwar masih bermain-main di kepala dan benak orang-orang Umno seperti Saznizam Adham, di samping menimbulkan rasa marah, gempar dan penasaran di kalangan orang-orang Umno lain yang tidak sealiran dengannya dalam isu ini? Di satu pihak Anwar dianggap satu-satunya harapan bagi Umno, sedangkan di pihak lain pula Anwar perlu dimusnahkan dengan apa cara sekalipun.

Bagi saya isu Anwar ini sebenarnya melambangkan suatu “dilema agung” yang kini sedang melanda Umno. Dengan pukulan tsunami yang dialami parti itu sejak PRU-12 yang lalu, semua pihak, di dalam maupun di luar Umno, tampaknya sekata bahawa parti itu perlu diselamatkan, malah direformasi dan diremajakan.

Namun demikian, dilihat dari segi sikap pelbagai pihak dalam batang tubuh Umno sendiri usaha menyelamatkan Umno itu mengambil perpektif yang amat konservatif dan conservationist sifatnya – yakni sikap mempertahankan Umno dalam bentuk seperti sediakala dan seadanya.

Pada hal, jika dianalisis secara saksama, Umno ternyata sudah tidak relevan lagi, tidak selaras dengan pertumbuhan masyarakat yang telah terjadi di negara ini selama setengah abad yang lalu.

Secara ringkasnya, bolehlah disimpulkan bahawa Umno lahir dari situasi “masyarakat majmuk” (plural society) yang dilahirkan oleh sejarah kolonial. Dan bersama rakan-rakan perkaumannya seperti MCA dan MIC, parti itu tidak pernah berusaha secara cendekia untuk membentuk kembali masyarakat majmuk itu menjadi sebuah negara-bangsa (nation) yang tulen.

Umno hingga hari ini menanggap dirinya sebagai “pembela Melayu” dalam kerangka pemikiran masyarakat majmuk yang lama itu. Satu-satunya sumbangan dan input cendekianya dalam memainkan peranan itu ialah DEB yang bertunjangkan pemikiran tentang peratusan pengagihan antara kaum dalam kerangka masyarakat majmuk tersebut.

Begitu terpusatnya pemikiran Umno terhadap gagasan DEB itu sehingga sebahagian besar gagasan yang diperjuangkan dalam kerangka nasionalisme Melayu menjadi terabai – apa lagi direformulasi untuk disesuaikan dengan peredaran zaman dan perubahan sosial. Lihatlah sahaja apa yang telah terjadi kepada bahasa Melayu, pendidikan Melayu, budaya Melayu dalam masa setengah abad zaman pasca-kolonial yang ditadbir Umno.

Mentadbir masyarakat majmuk yang diwarisinya dengan pendekatan “muddling through” – itulah sahaja yang telah disumbangkan dalam sejarah panjangnya yang “gemilang” itu. Sumbangan yang berbentuk sedemikian, khususnya pemikiran dan wawasan mendalam dalam melaksanakan projek nasionalisme bagi membentuk sebuah negara-bangsa, sebenarnya merupakan sumbangan Umno yang paling lemah dan paling menyedihkan.

Oleh yang demikian, bila Umno terpaksa berhadapan dengan kemerosotan yang mencemaskan kerana kegagalannya mempertahankan kedudukan dan kuasanya dalam masyarakat Malaysia yang secara semulajadi telah banyak berubah, maka parti itu menjadi gempar, malah menjadi penasaran.

Semuanya sependapat bahawa Umno perlu berubah, direformasi dan diremajakan. Tetapi ke arah manakah reformasi Umno itu hendak dituju? Di sinilah terletaknya kesukaran dan “dilema agung” Umno itu.

Para pemimpin Umno pada asasnya begitu terbentuk dan terjebak dalam tradisi mentadbir dan muddling through, sehingga tidak ada di kalangan mereka yang memperlihatkan kemampuan dan kecenderungan cendekia untuk memikirkan soal arah perubahan itu dengan mendalam.

Golongan mudanya (khususnya para pemimpin Pemuda Umno) juga tidak memperlihatkan kemampuan dan kecenderungan ke arah pemikiran mendalam dan sumbangan yang bersifat cendekia. Kebanyakan mereka sekadar menjadi alat dan batu catur bagi pihak para pemimpin yang bertradisikan muddling through itu – sehingga tidak pernah tercetus pemikiran baru yang mendalam tentang arah seterusnya Umno dari golongan pemimpin muda ini.

Yang kini ghairah hendak meremajakan Umno dalam usaha menyelamatkan parti itu ialah golongan tua, veteran, sudah bersara atau telah dikesampingkan. Namun demikian, golongan ini juga tidak banyak memberikan harapan. Selain daripada sifat dan sikap mereka yang ultra-konservatif, mereka sebenarnya merindukan kembalinya Umno ke zaman perjuangannya dalam kerangka masyarakat majmuk zaman kolonial.

Mereka tidak senang dengan kelemahan pimpinan kini dan dengan tampang dan citra pimpinan golongan muda yang ada. Namun mereka tidak menunjukkan arah masa depan yang dinamis; mereka sekadar menoleh ke masa lampau, terjebak dalam pemikiran zaman lampau mereka sendiri.

Bayangkan kerisauan dan kekecewaan seorang pemimpin bawahan yang sedang muncul dalam Umno seperti Saznizam. Dia tidak melihat sebarang harapan bagi pemulihan dan peremajaan Umno dari dalam batang tubuh Umno sendiri – pada hal dia juga dapat melihat sedang berlakunya semacam kesedaran dan pemikiran politik baru yang dicetuskan oleh Anwar di luar kerangka batang tubuh partinya itu.

Pemikirannya tentang peranan Anwar dalam Umno mungkin tidak realistik, namun sebagai seorang yang fanatik dalam upaya menyelamatkan Umno dia telah berfikir secara bersuara (dengan agak lantang juga) untuk bertanya mengapakah Anwar Ibrahim tidak dibawa sahaja kembali untuk memimpin Umno.

Di bawah mendung konservatisme Umno, pemikiran yang demikian itu tentulah tidak dapat diterima. Maka Saznizam di herdik, diboo, ditarik tengkuknya dan dia kemudiannya dihumban keluar dari Dewan Tari Menari Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Dengan caranya yang ironis, pemimpin muda Umno ini telah menjadi “mangsa” Anwar Ibrahim dalam Umno.

21 February 2008

Citizens’ initiative to monitor media’s coverage of General Election

Charter 2000-Aliran, the Centre for Independent Journalism (CIJ) and the Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI) have come together to launch an initiative to monitor the media’s coverage of the 12th general election campaign.

They will be assisted by independent volunteers.

As with a similar initiative in the previous general election, the initiative will keep track of the election news coverage and critically examine whether the media, both print and electronic, have been ethical in their reporting.

As citizens of this country, Malaysians have every right to demand fair media coverage so that voters can make informed choices when casting their ballot. It is thus crucial that we investigate whether each of the contesting political parties receives a fair hearing in the mass media.

The media coverage should be fair, professional, unbiased and ethical. What this means is that there must be:

* equal access to the mainstream media for all parties;
* fair and sufficient coverage for all parties; and
* the right to reply or to respond to state a position or to clarify baseless allegations


Apart from examining news reports, we will also study editorials, features, and political advertisements to ascertain if they are fair.

Observations and analyses will be posted on the Election 2008 Media Monitors’ Diary at http://www.aliran.com/elections

Malaysians and civil society groups are encouraged to incorporate the RSS feed of this Diary into their blogs, websites, browsers and aggregate news readers. The URL for the feed is http://www.aliran.com/elections/atom.xml

This is a voluntary effort by Malaysians for which no funding has been received from any source.

Dr Mustafa K. Anuar and Anil Netto
Charter 2000-Aliran

Wong Chin Huat
Writers Alliance' for Media Independence

Gayathry Venkiteswaran
Centre for Independent Journalism

Bloggers threatened and slandered by Azalina – yet again

According to an AFP report emanating from Kuala Lumpur, the Youth and Sports Minister, Azalina Othman, has accused bloggers in Malaysia, who have been writing avidly on upcoming elections, of being cowards. She also warned them that they are being monitored by the government.

She said opposition parties are using blogs to get their message out because they believed the Home Affairs Ministry is too busy monitoring reports in the mainstream media. “They think they can get away with it, but it is not the case as they too are being monitored,” she reportedly warned.

She also said that bloggers were cowards and a nuisance to the ruling party.

As a senior Umno leader that have been detailed to “take care” of the bloggers since a year ago, Azalina’s disgust with the bloggers is understandable – especially since all the terroristic but uncreative methods and tactics employed by her (and Khairy Jamaluddin’s) army of “cybertroopers” have so far been in vain – and the nuisance to the ruling party continues!

It is hardly surprising to me to note that Azalina and her colleagues in Umno are politically naïve and ideologically ignorant. But for them not to understand the meaning of an everyday word like “coward” must be a source of great shock for the world.

AFP, the international news agency, also mentioned in the report that opposition parties in Malaysia have resorted to blogs, SMS messaging and YouTube in their campaign for the coming general and state elections on March 8 “to dodge a virtual blackout on mainstream media”.

Major newspapers and television stations – many partly or wholly owned by parties in the ruling coalition – have given blanket coverage to the government and its achievements since the election was called.

The opposition parties rate barely a mention, but thanks to the Internet they have begun campaigning feverishly in cyberspace with the aim of reaching young, urban, educated voters.

Media watchdog Reporters Without Borders ranks Malaysia 124 out of 169 on its worldwide press freedom index, and says the main media are “often compelled to ignore or to play down the many events organized by the opposition”.

The government has previously threatened that bloggers could be punished under draconian internal security laws which provide for detention without trial.

Now, isn’t it clear for the whole world to see who really is the coward here: the bloggers who are constantly being harassed and threatened with draconian impunities or the desperate state apparatchiks like Azalina who constantly issuing the threats?

2 February 2008

A new blog to replace Suara Rakyat:Vox Populi

This is my new blogsite to replace the old one, Suara Rakyat : Vox Populi.

Welcome –and thank you for dropping by. Please also inform other friends who are wondering as to whatever happened to my old blogsite about the existence of this new site. Some have even contacted me to ask about it.

What happened was that some people with nothing better to do had hacked my Gmail account and changed my password to enable them to use it to write to my friends whose email addresses are in the address book.

Many such friends have indeed received hoax emails asking them to send cash immediately to a hotel manager in Nigeria, where I was supposed to be stranded and unable to pay my bills.

I hope none of my friends and readers of my blogs have been duped into sending cash to “rescue” me from that African country with enough problems of its own! I managed, however, to inform friends using another email account – but there were still others whose addresses I had no record of except in the hacked address book.

I am indeed grateful to friends who showed concern over my “plight” and called me or my wife, Rohani, to assure them that I was not in any real trouble in Nigeria!

The real problem that I had, if any, was the fact that I was not able to access my blogs in order to upload new postings. This is because the blogsites can be accessed only through an integrated “Google Account” which uses the same password as my Gmail Account.

As Google seems to need a long time (5 days at least) to investigate and rectify the matter, my blogs just as my Gmail account were rendered useless. This new site therefore is set up to replace the old blogsites which nevertheless can still be accessed to read old and unupdated postings and information.

Now that I have this new site going, I hope I would be able to be actively involved in blogging again after going through that last few weeks of frustration of being a victim of internet crime.

Ijazah palsu, universiti palsu dan masyarakat yang penuh kepalsuan

“Prof.” Hardeep Singh Sandhu, Eexecutive President, dan “Prof” Jeffrey Wooller, Honorary Chancellor, IIU
















Dari laman web seorang selebiriti hiburan
Malaysia yang bergelar Doktor (DBA).


Baru-baru ini, sebuah laporan berasaskan penyelidikan yang dilakukan badan penyiaran BBC di London telah mendedahkan kegiatan sebuah institusi pengajian tinggi palsu yang berpangkalan di ibukota Great Britain itu – yakni Irish International University (IIU).

Universiti yang menawarkan dan menganugerahkan pelbagai ijazah yang tidak bernilai dan tidak berguna itu dikatakan bebas untuk beroperasi di negara itu yang selama ini terkenal sebagai salah sebuah pusat pendidikan dan pengajian tinggi yang dihargai di seluruh dunia.

Universiti tersebut telah beroperasi selama lebih tujuh tahun, namun pemerintahan Britain tampaknya samasekali tidak berusaha untuk memantau maupun mengawal operasinya. Sebahagian besar operasinya dikatakan menjadikan mangsanya para “siswa” dari luar negara (khususnya negara-negara membangun) yang dikatakan membayar yuran yang bernilai puluhan ribu ringgit.

Meskipun universiti itu tidak diiktiraf, namun ribuan para “siswa”nya telah diberikan visa pendidikan untuk memungkinkan mereka memasuki negara itu untuk mengambil peperiksaan di beberapa maktab swasta di kota London.

IIU yang dikatakan mempunyai lebih 5,000 siswa di serata dunia itu turut mempertahankan citranya sebagai institusi pendidikan yang mantap, padahal palsu itu, melalui sebuah laman web yang cukup meyakinkan lagi mengkagumkan. Gambar-gambar dan video tentang para siswazah dan upacara konvokesyennya turut dipaparkan di laman tersebut.

Selain itu, citra tersebut tambah dipermantapkan dengan amalan universiti itu mengadakan majlis konvokesyennya di dewan universiti-universiti ternama seperti Oxford and Cambridge.

Selama beberapa tahun, dewan Universiti Islam Antarabangsa (juga IIU singkatannya!) pernah digunakan oleh IIU untuk majlis Konvokesyen gilang gemilang bagi menganugerahkan ijazah MBA (Sarjana Pengurusan Perniagaan) kepada para lulusan kursus sarjananya yang dijalankan di Kuala Lumpur secara “luar kampus”.

Malah dalam salah sebuah majlis demikian yang diadakan di Dewan Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, seorang Timbalan Menteri Malaysia dikatakan turut hadir sebagai tetamu khas universiti tersebut.

Laporan terperinci BBC itu cukup meyakinkan kita bahawa IIU itu sesungguhnya sebuah universiti palsu. Namun demikian fenomena universiti palsu (atau bogus universities) ini bukanlah suatu fenomena baru atau terbatas hanya kepada Great Britain atau khususnya IIU sahaja.

Kita sudah biasa, misalnya, mendengar tentang beberapa “universiti” demikian di Amerika Syarikat – yang paling terkenal diantaranya universiti Pacific Western yang menjadi sumber gelar doktor bagi beberapa tokoh politik dan perniagaan di negara ini.

Sebelum pendedahan terperinci tentang IIU ini dilakukan BBC, pendedahan yang sama sebenarnya telah agak meluas diperkatakan di negara ini sendiri. Beberapa bulan lalu, bila gelar doktor seorang tokoh perniagaan terkenal di negara ini – yang sekaligus juga merupakan pemimpin sebuah universiti swasta/berkembar, badan pemikiran (think tank), badan ilmu pengurusan – dipersoalkan, maka citra IIU telah diperkatakan dengan meluas di sini.

Ini memanglah sewajarnya, memandangkan bahawa universiti palsu IIU ini mempunyai semacam hubungan yang begitu rapat dengan Malaysia.

Penyelidikan oleh BBC itu, misalnya, mendedahkan bahawa “boss” dan pelopor serta “Executive President” universiti tersebut adalah seorang ahli perniagaan Malaysia yang entah bagaimana kini sudah bergelar “professor” juga – yakni Prof. Hardeep Singh Sandhu.

IIU memang mempunyai kegiatannya yang agak rancak di Malaysia. Program MBAnya tentulah mendapat sambutan yang menggalakkan di sini, sehingga majlis konvokesyen untuk ijazah tersebut perlu dilangsungkan di negara ini sendiri.

Selain menjadi sumber gelaran “doktor” bagi beberapa ahli perniagaan dan ahli politik, sejak akhir-akhir ini terdapat pula para selebriti hiburan yang memperagakan gelar doktor yang diperolehinya dari universiti yang dibuktikan “bogus” oleh penyelidikan yang dilakukan oleh BBC itu.

Memandangkan bahawa IIU ini bukanlah institusi “bogus” yang pertama yang mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia, dan mendapat sambutan pula di kalangan orang Malaysia, maka pertanyaan yang timbul dalam fikiran saya ialah: Mengapakah orang Malaysia begitu berminat dengan gelar, malah sanggup membelinya dengan harga puluhan ribu meskipun gelar itu sebenarnya tidak mempunyai nilai?

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat memacam usaha untuk memperdaya dan mengelirukan orang ramai oleh mereka yang memeragakan gelaran “bogus” ini. Dalam kes tokoh perniagaan yang disebut di atas, gelar “Dr.” itu memang selalu diperagakannya, tetapi tanpa menyebut nama universiti yang menganugerahkannya. Sedangkan universiti tempat dia memperoleh ijazah pertamanya selalu dicatatkan – yakni Universiti Monash di Melbourne, Australia.

Dalam kes selebriti hiburan tersebut pula, pada waktu ijazah kedoktorannya mula-mula diterima dan diheboh-hebohkan dulu banyak orang yang mendapat semacam tanggapan bahawa ijazah tersebut telah diperolehinya dari Peterhouse College, kolej yang tertua di Universiti Cambridge, England.

Malah peristiwa penganugerahan ijazah tersebut terpapar dengan bangga di laman web peribadi tokoh selebriti hiburan tersebut.

Namun, bagi sesiapa yang tahu serba sedikit tentang ijazah pengajian tinggi di England, dua perkara dapat menimbulkan rasa syak: Pertamanya, Universiti Cambridge tidak pernah menawarkan ijazah kedoktoran seperti yang diterima selebriti tersebut (Doctor of Business Administration). Keduanya, tidak pernah ada orang yang memperoleh gelar doktor di Universiti Cambridge selepas beberapa bulan sahaja memperoleh ijazah Sarjana – dan inilah yang berlaku kepada tokoh selebriti ini.

Pada hakikatnya, apa yang berlaku ialah ijazah itu telah dianugerakan oleh IIU di dewan Peterhouse College yang disewa IIU!

Gelar sebenarnya merupakan barangan yang amat penting lagi berharga dalam masyarakat Malaysia. Akan tetapi, orang Malaysia sebenarnya tidaklah berminat terhadap nilai sebenar yang sepatutnya terdapat di sebalik gelar itu sendiri.

Gelar “doktor” itu sepatutntya melambangkan tahap pencapaian yang tertentu dalam bidang keilmuan dan kesarjanaan – namun orang Malaysia sebenarnya tidak menghargai ilmu maupun kesarjanaan.

Oleh yang demikian, jika sesuatu gelar itu dapat diperolehi dengan hanya membelinya, tanpa melibatkan pencapaian nilai yang sebenarnya, maka gelar itu pastilah akan dibeli. Jika ada orang atau institusi yang dapat menjual gelar Datuk yang “sebenarnya” tanpa pengabdian yang sebenarnya, maka harga itu sanggup dibayar.

Malah orang Malaysia sanggup membeli gelar Datuk yang bogus dari tokoh atau institusi yang sebenarnya tidak mempunyai kewibawaan atau hak untuk menganugerahkan gelar tersebut – misalnya kesultanan Melayu purba yang sebenarnya sudah tidak wujud lagi di alam maya ini, kecuali sebagai suatu bayangan di sebuah pojok terpinggir di negara Filipina moden.

Malah terdapat juga orang-orang Malaysia yang sanggup membeli gelaran purba “Sir” dari pelbagai principality (negeri kecil) Eropah yang sebenarnya sudah tidak wujud dan tidak berfungsi lagi.

Dalam sesebuah masyarakat yang para anggotanya amat menghargai gelaran tetapi tidak menghargai nilai dan citra sebenarnya di sebalik gelaran itu, maka nyatalah bahawa masyarakat itu sebenarnya merupakan sebuah masyarakat yang sedang bergelumang dengan kepalsuan yang amat memudaratkan lagi memilukan.

Bila seseorang itu amat menggilai gelaran doktor, misalnya, tetapi tidak mempunyai dan menghargai sifat-sifat murni di sebalik gelaran itu, maka orang itu akan sanggup mencari jalan untuk memperoleh gelaran itu tanpa perlu menghadapi ujian keilmuan yang sebenarnya. Ada yang akan membelinya dari universiti yang palsu, atau jika mereka sudah berada di universiti yang sebenarnya dia akan membeli tesis yang palsu atau meminta penulis upahan untuk menulis tesis “palsu”nya itu.

Baru-barunya, misalnya, terdapat laporan tentang penomena penulis upahan tesis “bogus” ini di pusat-pusat pengajian tinggi kita sendiri.

Jika, setelah memperoleh gelaran palsunya itu, seseorang itu masih juga tidak mampu memperlihatkan nilai-nilai kedoktoran atau keilmuan yang sebenarnya, maka dia akan berusaha pula memperkukuh gelarannya itu dengan hiasan-hiasan lain yang tidak ada kena mengenanya dengan ilmu – misalnya dengan berusaha (seringkali secara “bogus” juga) untuk memperoleh gelar profesor dan datuk sebagai pengiring gelaran doktornya itu.

Apabila sebahagian besar anggota masyarakat kita sebenarnya tidak terlalu mengendahkan nilai-nilai keilmuan atau kesarjanaan yang sebenarnya – hanya ijazah dan gelar untuk memperoleh kerja yang diutamakan – maka tidaklah menghairankan jika universiti-universiti kita yang sebenarnya juga pada akhirnya nanti akan bertukar menjadi universiti yang “bogus” juga – berdasarkan ukuran keilmuan dan kesarjanaan “bogus” yang sedang mentakrifkannya.