Dari laman web seorang selebiriti hiburan
Baru-baru ini, sebuah laporan berasaskan penyelidikan yang dilakukan badan penyiaran BBC di London telah mendedahkan kegiatan sebuah institusi pengajian tinggi palsu yang berpangkalan di ibukota Great Britain itu – yakni Irish International University (IIU).
Universiti yang menawarkan dan menganugerahkan pelbagai ijazah yang tidak bernilai dan tidak berguna itu dikatakan bebas untuk beroperasi di negara itu yang selama ini terkenal sebagai salah sebuah pusat pendidikan dan pengajian tinggi yang dihargai di seluruh dunia.
Universiti tersebut telah beroperasi selama lebih tujuh tahun, namun pemerintahan
Meskipun universiti itu tidak diiktiraf, namun ribuan para “siswa”nya telah diberikan visa pendidikan untuk memungkinkan mereka memasuki negara itu untuk mengambil peperiksaan di beberapa maktab swasta di
IIU yang dikatakan mempunyai lebih 5,000 siswa di serata dunia itu turut mempertahankan citranya sebagai institusi pendidikan yang mantap, padahal palsu itu, melalui sebuah laman web yang cukup meyakinkan lagi mengkagumkan. Gambar-gambar dan video tentang para siswazah dan upacara konvokesyennya turut dipaparkan di laman tersebut.
Selain itu, citra tersebut tambah dipermantapkan dengan amalan universiti itu mengadakan majlis konvokesyennya di dewan universiti-universiti ternama seperti
Selama beberapa tahun, dewan Universiti Islam Antarabangsa (juga IIU singkatannya!) pernah digunakan oleh IIU untuk majlis Konvokesyen gilang gemilang bagi menganugerahkan ijazah MBA (Sarjana Pengurusan Perniagaan) kepada para lulusan kursus sarjananya yang dijalankan di Kuala Lumpur secara “luar kampus”.
Malah dalam salah sebuah majlis demikian yang diadakan di Dewan Dagangan Dunia Putra,
Laporan terperinci BBC itu cukup meyakinkan kita bahawa IIU itu sesungguhnya sebuah universiti palsu. Namun demikian fenomena universiti palsu (atau bogus universities) ini bukanlah suatu fenomena baru atau terbatas hanya kepada
Kita sudah biasa, misalnya, mendengar tentang beberapa “universiti” demikian di Amerika Syarikat – yang paling terkenal diantaranya universiti Pacific Western yang menjadi sumber gelar doktor bagi beberapa tokoh politik dan perniagaan di negara ini.
Sebelum pendedahan terperinci tentang IIU ini dilakukan BBC, pendedahan yang sama sebenarnya telah agak meluas diperkatakan di negara ini sendiri. Beberapa bulan lalu, bila gelar doktor seorang tokoh perniagaan terkenal di negara ini – yang sekaligus juga merupakan pemimpin sebuah universiti swasta/berkembar, badan pemikiran (think tank), badan ilmu pengurusan – dipersoalkan, maka citra IIU telah diperkatakan dengan meluas di sini.
Ini memanglah sewajarnya, memandangkan bahawa universiti palsu IIU ini mempunyai semacam hubungan yang begitu rapat dengan
Penyelidikan oleh BBC itu, misalnya, mendedahkan bahawa “boss” dan pelopor serta “Executive President” universiti tersebut adalah seorang ahli perniagaan Malaysia yang entah bagaimana kini sudah bergelar “professor” juga – yakni Prof. Hardeep Singh Sandhu.
IIU memang mempunyai kegiatannya yang agak rancak di
Selain menjadi sumber gelaran “doktor” bagi beberapa ahli perniagaan dan ahli politik, sejak akhir-akhir ini terdapat pula para selebriti hiburan yang memperagakan gelar doktor yang diperolehinya dari universiti yang dibuktikan “bogus” oleh penyelidikan yang dilakukan oleh BBC itu.
Memandangkan bahawa IIU ini bukanlah institusi “bogus” yang pertama yang mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia, dan mendapat sambutan pula di kalangan orang Malaysia, maka pertanyaan yang timbul dalam fikiran saya ialah: Mengapakah orang Malaysia begitu berminat dengan gelar, malah sanggup membelinya dengan harga puluhan ribu meskipun gelar itu sebenarnya tidak mempunyai nilai?
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat memacam usaha untuk memperdaya dan mengelirukan orang ramai oleh mereka yang memeragakan gelaran “bogus” ini. Dalam kes tokoh perniagaan yang disebut di atas, gelar “Dr.” itu memang selalu diperagakannya, tetapi tanpa menyebut nama universiti yang menganugerahkannya. Sedangkan universiti tempat dia memperoleh ijazah pertamanya selalu dicatatkan – yakni Universiti
Dalam kes selebriti hiburan tersebut pula, pada waktu ijazah kedoktorannya mula-mula diterima dan diheboh-hebohkan dulu banyak orang yang mendapat semacam tanggapan bahawa ijazah tersebut telah diperolehinya dari
Malah peristiwa penganugerahan ijazah tersebut terpapar dengan bangga di laman web peribadi tokoh selebriti hiburan tersebut.
Namun, bagi sesiapa yang tahu serba sedikit tentang ijazah pengajian tinggi di
Pada hakikatnya, apa yang berlaku ialah ijazah itu telah dianugerakan oleh IIU di dewan
Gelar sebenarnya merupakan barangan yang amat penting lagi berharga dalam masyarakat
Gelar “doktor” itu sepatutntya melambangkan tahap pencapaian yang tertentu dalam bidang keilmuan dan kesarjanaan – namun orang
Oleh yang demikian, jika sesuatu gelar itu dapat diperolehi dengan hanya membelinya, tanpa melibatkan pencapaian nilai yang sebenarnya, maka gelar itu pastilah akan dibeli. Jika ada orang atau institusi yang dapat menjual gelar Datuk yang “sebenarnya” tanpa pengabdian yang sebenarnya, maka harga itu sanggup dibayar.
Malah orang Malaysia sanggup membeli gelar Datuk yang bogus dari tokoh atau institusi yang sebenarnya tidak mempunyai kewibawaan atau hak untuk menganugerahkan gelar tersebut – misalnya kesultanan Melayu purba yang sebenarnya sudah tidak wujud lagi di alam maya ini, kecuali sebagai suatu bayangan di sebuah pojok terpinggir di negara Filipina moden.
Malah terdapat juga orang-orang
Dalam sesebuah masyarakat yang para anggotanya amat menghargai gelaran tetapi tidak menghargai nilai dan citra sebenarnya di sebalik gelaran itu, maka nyatalah bahawa masyarakat itu sebenarnya merupakan sebuah masyarakat yang sedang bergelumang dengan kepalsuan yang amat memudaratkan lagi memilukan.
Bila seseorang itu amat menggilai gelaran doktor, misalnya, tetapi tidak mempunyai dan menghargai sifat-sifat murni di sebalik gelaran itu, maka orang itu akan sanggup mencari jalan untuk memperoleh gelaran itu tanpa perlu menghadapi ujian keilmuan yang sebenarnya.
Baru-barunya, misalnya, terdapat laporan tentang penomena penulis upahan tesis “bogus” ini di pusat-pusat pengajian tinggi kita sendiri.
Jika, setelah memperoleh gelaran palsunya itu, seseorang itu masih juga tidak mampu memperlihatkan nilai-nilai kedoktoran atau keilmuan yang sebenarnya, maka dia akan berusaha pula memperkukuh gelarannya itu dengan hiasan-hiasan lain yang tidak ada kena mengenanya dengan ilmu – misalnya dengan berusaha (seringkali secara “bogus” juga) untuk memperoleh gelar profesor dan datuk sebagai pengiring gelaran doktornya itu.
Apabila sebahagian besar anggota masyarakat kita sebenarnya tidak terlalu mengendahkan nilai-nilai keilmuan atau kesarjanaan yang sebenarnya – hanya ijazah dan gelar untuk memperoleh kerja yang diutamakan – maka tidaklah menghairankan jika universiti-universiti kita yang sebenarnya juga pada akhirnya nanti akan bertukar menjadi universiti yang “bogus” juga – berdasarkan ukuran keilmuan dan kesarjanaan “bogus” yang sedang mentakrifkannya.
No comments:
Post a Comment