Debat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia semalam ternyata kini hanyalah satu forum dangkal yang gagal memberikan solusi kepada masalah dan beban ekonomi yang dihadapi oleh rakyat.
Apakah yang membuat Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek berfikir yang dia mampu menangani satu debat dengan Penasihat PKR Anwar Ibrahim? Jawabannya hanya Shabery yang tahu, namun yang pasti Shabery tidak mempunyai bakat untuk mempertahankan dasar-dasar kerajaan walaupun berhadapan dengan Anwar Ibrahim yang hanya menampilkan separuh daripada bakatnya.
Shabery ternyata tidak mampu membelok dan berubah daripada pemikiran dangkal pemimpin Barisan Nasional yang selalu menggunakan serangan peribadi apabila putus akal. Shabery memang ternyata putus akal dalam debat itu. Walaupun dia telah cuba memulakan hujahnya dengan isu-isu petrol - namun tak sampai 2 minit pun dia sudah mula membuka serangan peribadi.
Apa saja yang terfikir di benaknya menjadi bahan hujah Shabery - Anwar pada tahun 1974, Anwar pada tahun 80-an, Anwar pada tahun 1990, Anwar pada tahun 1998 - tanpa pernah memberikan solusi dan penerangan terhadap dasar kenaikan harga petrol yang membebankan rakyat ini. Isu preskripsi IMF, protes jalanan, inflasi Malaysia yang 'terkawal', kebijakan Petronas - semua isu-isu basi yang diulang-pakai untuk menyerang Anwar tanpa membidas hujah-hujah Anwar secara tuntas dan ikhlas.
Yang jelas juga, Anwar tidak berada di tahapnya yang biasa - mungkin hanya 50% daripada kemampuannya yang biasa. Itupun tidak mampu ditangani Shabery.
Debat tersebut menggambarkan dengan jelas kelemahan dan kebobrokan kerajaan - jika itulah yang terbaik yang dapat mereka tawarkan untuk rakyat maka tidak hairanlah rakyat mendoakan perubahan kerajaan dalam hari terdekat.
-AR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Sdr Rustam,
Mmg Anwar tak top form semalam.Mungkin kerana terfikir dan risau ttg kebebasan nyer
I agree with your kesimpulan dalam artikel ini
aku sokong ape yg ko ckp,coz ape yg anwar ckp b'dasarkan fakta2 yg kukuh,sedangkan menteri tu asik membuat serangan peribadi.Pada pandangan aku,kerajaan wat program ni bkn nk fokus tuk terangkan cara menurunkan harga minyak,atau terang kan dasar dorang,tp sj nk memalukan anwar depan khlayak.sape sokong ckp aku angkat tgn...hehe.
Is "dangkal" the Bahasa Malaysia word to describe a presentation performed at a donkey standard?
Saya sokong sekiranya debat yang sebegini diteruskan supaya kita dapat menilai akal fikiran & kebijaksanaan bakal-bakal pemimpin yang kita akan pilih. sepatutnya calon wakil rakyat yang hendak bertanding sepatutnya mempunyai:
1. Resume untuk tatapan umum(sama macam kita hendak minta kerja dengan majikan), wkil rakyat sebenarnya meminta kerja dengan rakyat, kan!
2. langsungkan debat ke atas isu-isu semasa yang kritikal, supaya kita dapat menilai akal fikiran & kebijaksanaan calon tadi.
3. last sekali, biar rakyat menentukan pilihan mereka.
Apa nak buat "Tiada rotan akar pun berguna juga" - hanya itu sajalah yang UMNO/BN ada. Harapkan PM atau DPM? sudah habis satu gulung benang yang basah untuk ditegakkan.
PKR mungkin baca mereka ada 31 kerusi parlimen. Tetapi PKR harus sedar bahawa sebilangan besar dari kerusi parlimen mereka adalah bersumberkan (a) PAS yang bersetuju memberi laluan, dan (b) usaha dan titik peluh jentera PAS -- di sesetengah kawasan yang PKR menangi, PKR tiada ahli yang cukup pun untuk buat satu cawangan!
Ramai penganalisis politik merumuskan Anwar Ibrahim akan jadi perdana menteri Malaysia bila 30+ wakil parlimen Barisan Nasional lompat menyertai “Pakatan Rakyat.”
Semudah itu kah kira-kiranya?
Ya, memanglah semudah itu jika andaian bijak pandai politik tentang PAS itu boleh bertahan. Yakni andaian PAS akan berpuas hati jadi “pak turut” kepada nafsu keperdana menterian prima donna PKR itu.
Apa kata jika PAS enggan ikut serta dalam mimpi keperdana menterian Anwar Ibrahim? Tidak terkecuali sahabat akrab Anwar seperti Kamaruddin Jaafar itu Setiausaha Agung PAS, atau Hassan Ali diktator kecil di Selangor itu nampaknya setakat ini mampu mendunggukan dan memperlekehkan PAS Selangor.
Politik Malaysia boleh bergolak semahunya. Watak-watak “besar” itu dan ini dari parti apa boleh lompat ke arah mana yang mereka suka, tetapi pengundi Malaysia harus sedar bahawa impian mereka untuk melihat satu kepimpinan baru, mahu lihat Malaysia dengan orde baru, semuanya bergantung kepada kesediaan PAS untuk “turut bermain” dengan percaturan DAP dan PKR.
Apa? Pembaca ingat orang PAS tidak tahu buat pertimbangan materialisme tentang di mana letaknya PAS parti mereka, dan diri mereka sendiri dalam kerajaan baru kelak? Jika itu sangkaan pembaca, maka cadang saya – get real, wake up, and smell the teh tarik.
Anwar mungkin yakini Haji Hadi Awang itu sudah dalam poketnya, dihujung jari. Tetapi pembaca harus ingat kedudukan Haji Hadi dalam PAS bukanlah berpaksikan cengkaman – kuasa memberi habuan atau menghukum --, tetapi lebih bergantung kepada hormat ahli kepada seniority beliau (orang lama) dalam parti. Sehubungan ini, amati bahawa “hormat” adalah satu komoditi yang cukup senang terlucut dari genggaman.
Seterusnya, memandangkan Anwar sudah janjikan kerusi Timbalan Perdana Menteri kepada tokoh dari Sabah atau Sarawak, apa yang buat pembaca fikir DAP boleh pasrah dengan kedudukan Karpal Singh sebagai Menteri Kebudayaan dan Pelancungan? Atau Lim Kit Siang di kerusi Menteri Alam Sekitar?
Think! PAS and DAP are not the only two quantum variables in the premiership equation. Kan?
Post a Comment