16 July 2008

Aksi orang yang terdesak...

Berikutan berita penangkapan Anwar Ibrahim, semakin yakinlah rakyat bahawa kerajaan kini makin takut dengan cabaran politik yang ditampilkan oleh penasihat PKR dan Pakatan Rakyat itu.

Dalam beberapa minggu sahaja, sudah banyak contoh kejadian misterius yang membuatkan orang ramai makin yakin dan percaya terhadap Anwar Ibrahim - 'kehilangan' penyiasat kes Altantuya selepas dua pengakuan bersumpah, 'kemunculan semula' dan ulang-tayang tuduhan liwat terhadap Anwar, 'laporan perisik' yang mengatakan bahawa PKR bercadang untuk mengadakan demonstrasi yang mampu mengganggu keamanan negara sehingga seluruh KL perlu di'roadblock' dan kegagalan PDRM untuk membaca waktu (yakni jam 2.00 petang) dengan tepat sehinggakan polis khas berbalaclava perlu menangkap Anwar.

Semua ini membayangkan kepada rakyat bahawa kerajaan UMNO/BN kini semakin takut dengan Anwar - sehinggakan isu-isu yang telah cuba digunakan dengan gagal 10 tahun lalu perlu diulang-pakai. Kejayaan Anwar untuk memalukan wakil kerajaan BN iaitu Ahmad Shabery Cheek di depan seluruh rakyat Malaysia secara langsung dalam debat petrol menambahkan lagi ketakutan mereka. Jika sebelum ini, rakyat hanya mengesyaki bahawa para menteri BN tidak mempunyai kebijakan, debat tersebut telah membuktikan pandangan mereka.

Sekarang rakyat hanya menunggu - apa lagi yang akan mereka lakukan sekarang? Apa lagi modal yang mereka ada untuk terus mengaibkan Anwar dan memperbodohkan rakyat?

6 comments:

casper c said...

Wonderful to have come across this and indeed, it would do the old man doubly proud seeing his flame kept alive.

Wonderful and regards to the brood.

Casper

dak ajih said...

Si Dol dengan BN nak alihkan perhatian rakyat dengan isu betina Mongolia tu. Dia ingat rakyat tak tau? Anwar jadi mangsa sebab orang lain tak sekuat Anwar. Sampai bila2 pun rakyat akan menunggu dan nak tengok apa kesudahan kes itu. Dia nak buat macam kes Norita dulu. Rakyat tak akan lupa wahai Samdol. Anwar ibarat sebutir gula. Orang2 BN diketuai oleh siSamdol macam semut. Mana Anwar pergi dia orang ikut. Itu lah kelebih seorang pemimpin seperti Anwar. Syabas Anwar! kamu dah cipta sejarah. SiSamdol pun cipta sejarah... "BAPAK KE........". (Rakyat, tolong isikan)

pua kang kang said...

sir, you are absolutely right. Everyone I know is now even more convinced that DSAI has the numbers to bring down BN

Anonymous said...

Selagi Polis, Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, BPR dan SPR masih bersekongkol dengan UMNO/BN selagi itulah kerajaan malaysia tak berubah.
Dengan terjadinya ini pemimpin pemimpin UMNO/BN saling bertukar ganti maka berbagai idea yang keluar cari jalan untuk menyalahgunakan kuasa tak kira rasuah dan sebagainya. Bottom line, rakyat yang susah dan sengsara.

Unknown said...

Heard that the popularity of PR now has reached the highest ever number for opposition in the history which is 68%!! Awesome!

Unknown said...

Teruskan menulis. Pandangan yang kritikal dan membina. Jemput melawat laman saya http://puteragunungtebu.blogspot.com