Pihak keluarga Allahyarham mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, SIRD dan semua yang hadir akan sokongan dan penghargaan yang telah diberikan, terutamanya kepada Datuk Seri Anwar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri, Dr Syed Husin Ali, Hishamuddin Rais, A Samad Said, Prof Norani Othman dan Clive Kessler.
Berikut disertakan ucapan yang telah disampaikan oleh anak-anak Allahyarham, Azrani dan Ariani Rustam dalam acara tersebut:
Sepatah kata sempena pelancaran buku Allahyarham Rustam A. Sani
by
Yet, Papa did not merely complain and criticize. The comments in his writing was always underpinned by an intellectual base, a reason, and an academic explanation which had been expressed in the simplest and clearest of writings over the years to reach the masses. That was his greatest joy – that his writings could be related to and leave an indelible mark on the audience.
And if he was here today, to see all of you, all the people that have been “touched” by his writings, thoughts, opinions and his even sharp criticisms over the years, he would have been extremely proud and honoured.
On behalf of my family I would like to thank friends and family members for the tributes that have been pouring in on my late father and for the support you have given us during this difficult time. Your words have been both consoling and comforting and we will never forget them. We would also like to thank the Strategic Information and Research Development Centre for bringing these two books to live for my father.
In these two books, Papa has provided us with both a lesson in social and political history (in Social Roots) and a snapshot of the issues that we need to tackle moving forward based on the concerns that he has of the present day. With these two books, Papa has provided us a picture of the past, a picture of the present, and some ideas to achieve a better future.
Papa has left us - but he left us with truly the greatest gift that any father could have passed on to his son, that any individual could have given to his nation: his words.
And he has left us with a question: Are we a failed nation? And I believe that the greatest tribute that we all could give my father is to take his messages in this book and work in our own ways towards a betterSepatah kata sempena pelancaran buku Allahyarham Rustam A. Sani
oleh Ariani Rustam
Walaupun kami sekeluarga merasa amat berbelah-bagi untuk menghadiri majlis pelancaran buku arwah Papa saya pada hari ini, namun kami yakin bahawa beliau sendiri menginginkan kami agar meneruskannya. Sebenarnya, acara ini sendiri adalah satu peninggalan yang amat bermakna arwah Papa – hasil pemikirannya terpancar di seluruh pelusuk dewan ini, dari susunan kerusi meja, ke rekaan grafik pada poster-poster dan susunan aturcara, walaupun pada hari ini beberapa perubahan terpaksa dibuat. Kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SIRD bukan hanya kerana menerbitkan buku-buku arwah, tetapi juga kerana meneruskan acara pada petang ini sebagai memperingati perjuangan arwah Papa.
Dalam kehidupannya hinggalah ke akhir hayatnya, arwah Papa merupakan seorang pejuang yang tidak suka menyusahkan orang lain. Beliau tidak pernah meminta atau mengharapkan sebarang pemberian daripada orang. Integriti, maruah dan egonya amat tinggi. Budaya meminta-minta, mengampu, mengharapkan agihan tidak ada dalam kosa kata kehidupannya.
Mungkin kerana itulah beliau boleh menulis dan menyatakan pandangan dan pendapatnya dengan tegas, berani dan kritis. Malah, kami sekeluarga turut tidak lari daripada pandangan kritikal arwah. Pasti ada juga di kalangan hadirin dalam dewan yang pernah merasa kritikan tajam yang kadangkala berbisa. Walaupun Papa orangnya sinis, namun senantiasa menyatakan pandangannya dengan bahasa yang berbudi dan indah.
Yang pasti, pandangan, kritikan dan teguran beliau lahir daripada pemerhatian yang jujur, telus dan tidak mempunyai sebarang agenda peribadi atau mengharapkan apa-apa balasan di dunia. Agenda beliau yang utama adalah untuk mencetuskan perdebatan – sekalipun hanya sekadar mengocak minda – agar dapat membina landasan untuk perubahan sosial yang amat diperlukan dalam masyarakat kita.
Sewaktu idea untuk menerbitkan buku Failed Nation? mula dibincangkan, arwah Papa merasakan bahawa kandungan buku ini amat penting untuk menunjukkan bahawa kerisauan beliau (dan juga teman-teman akademik dan pemikir yang seangkatan dengan beliau) tentang penyakit-penyakit sosial yang sedang menghalang usaha untuk membina sebuah negarabangsa
Papa kadang-kadang berjenaka bahawa pandangan seorang akademik/pemikir sering tidak mendapat recognition, tidak seperti pandangan seorang ahli politik. Maka itulah, Papa amat berbesar hati dengan bibit-bibit perubahan yang mulai tampak muncul pada 8 Mac 2008 lalu, dan ternanti-nanti hari bila seorang intelektual/pemikir akan menjadi pemimpin besar negara – bukan kerana beliau terlalu menyanjungi pemimpin atau mempunyai apa-apa agenda politik tersendiri, tetapi kerana Papa tidak mahu
Bagi kami, arwah adalah seorang family man yang meletakkan keluarganya di tangga teratas perhatiannya. Papa sendiri, walaupun sangat menyanjungi arwah ayahandanya, Ahmad Boestamam sebagai seorang pemikir dan pejuang, tidak mempunyai hubungan yang begitu rapat dengan arwah ayahnya. Maka itu beliau amat mementingkan keluarganya – jika arwah ayahanda beliau terpaksa berkorbankan kehidupan keluarga untuk perjuangan politik yang heroic, apa saja pengorbanan yang dibuat oleh arwah Papa tidak pernah membebankan atau menyusahkan kami sekeluarga. Sehingga ke akhir hayatnya arwah Papa menunaikan janji itu kepada dirinya.
Arwah Papa yang kami kenali pasti tidak mahu kesedihan kami atas kehilangannya menjadi penghalang kepada penerusan tradisi pemikiran dan perjuangan menerusi mata pena beliau. Beliau pasti mahukan kita semua terus memikirkan masa depan negarabangsa kita ini dan memerdekakan minda rakyat. Papa faham, setiap orang berjuang dengan cara tersendiri walaupun dalam
Nota: Pihak keluarga memohon jika ada sesiapa yang mempunyai foto-foto daripada acara pelancaran buku, dapatlah dikirimkan melalui email ke arianirustam@gmail.com. Terima kasih.